Tuesday, 24 September 2013

24hb September 2013

Assalamualaikum,

Sebenarnya sudah lama saya menyimpan hasrat untuk memiliki blog sendiri. Sudah beberapa kali membuat blog tetapi asyik terperuk dan terlupa password membuatkan saya terpaksa melupakan dunia blog ini. Tiba-tiba hari ini saya mempunyai kekuatan untuk membina blog ini sendiri.

Saya mungkin tidak mempunyai pengalaman yang luas tetapi dalam blog ini saya hanya ingin berkongsi tentang saya dan keluarga tercinta. Semua berkisar tentang orang yang tersayang yang berada dalam lingkungan saya.

Tarikh pembukaan blog ini juga merupakan tarikh abang sulong yang saya sapa sebagai Chor bersama isteri berlepas ke tanah suci untuk menunaikan rukun Islam yang kelima. Sayu juga hati kerana tidak dapat menghantar mereka tetapi apakan daya kerana mereka berlepas dari Lapangan Terbang Kuala Terengganu. Kalau hanya di Kelana jaya pasti saya tidak akan melepaskan peluang untuk menghantar mereka. Hanya doa saya yang mengiring permergian. Semoga Chor dan Kak Chor mendapat haji yang mabrur, tanpa melalui dugaan yang besar di sana serta selamat pergi dan selamat kembali ke tanahair tercinta.Saya juga mahu segera ke sana, Insha Allah. 

Bercakap tentang mengerjakan haji pada tahun ini mungkin sedikit mecabar. Dengan kuota rakyat Malaysia yang semakin berkurangan dan dengan pembangunan yang sedang rancak dijalankan oleh Kerajaan Saudi. Saya berdoa daripada jauh agar seluruh umat Islam yang mengerjakan ibadat haji tahun ini dlindungi serta diterima amalan oleh Allah SWT. Amin.
Kenangan bersama Chor dan Kak Chor di pantai Dungun sewaktu kami berkunjung ke rumah mereka pada tahun 2010
     

No comments:

Post a Comment