Thursday, 26 September 2013

Permata Hati Mama

26hb September 2013

Assalamualaikum....

Saya baru mengemaskini proposal (untuk 'sesuatu' projek, doakan saya berjaya ya...) tiba-tiba teringat nak update blog ini. Tak boleh dibiarkan lama, takut nanti berhabuk plak.

Permata hati saya sudah tentu anak-anak yang tersayang. Tidak dapat dibayangkan bagaimana hidup ini kalau mereka tidak ada di sisi. Teringat dengan cerita mak mentua bagaimana dia menerima 'gurauan' masyarakat kerana tidak dapat melahirkan zuriat. Mak mentua menanti selama 8 tahun untuk menimang cahaya mata sendiri. Dalam masa 8 tahun itu berbagai dugaan dan cabaran yang dilaluinya. 

Mak mentua dan ayah mentua (sudah meninggal dunia pada tahun 2000. Saya tidak berpeluang bertemu dengannya. Saya berkahwin dengan suami pada tahun 2001) bertugas sebagai guru tetapi, mereka berlainan sekolah. Antaranya adalah apabila ada di kalangan teman-teman yang mencadangkan ayah berkahwin lain untuk mendapatkan zuriat. Mujur ayah tidak terpengaruh dengan usikan teman-teman mereka.

Berbalik cerita tentang Permata Hati, saya bersyukur kerana memperolehi tiga orang anak yang comel.

Permata hati saya, Muhammad Syafiq, Anis Nafeesah dan Muhammad Syamil
Saya berkahwin pada usia yang agak lewat iaitu ketika sudah berumur 27 tahun. Sebelum itu risau juga andai saya ditakdirkan tidak berpeluang mempunyai cahaya mata. Alhamdulillah saya mengandung sebaik sahaja selepas berkahwin. Kata orang 'bunting pelamin', tak ada istilah berbulan madu yang panjang dengan suami. Kami menerima berita gembira itu dengan senang hati.

Sewaktu tuan doktor mengesahkan saya mengandung rasa macam tidak percaya. Maklum lar baru berubah status menjadi isteri orang kini bakal menerima gelaran baru, seorang ibu. Sukar hendak gambarkan perasaan ketika itu, gembira, takut, belum bersedia, mampukah memikul tugas sebagai seorang ibu dan sebagainya. Fasa demi fasa proses mengandung dilalui dengan sokongan yang penuh dari suami maka lahirlah Muhammad Syafiq pada tahun 2002. Saya sudah bergelar seorang Mama dan suami menjadi Ayah. Semua ibu bapa yang pertama kali melalui detik ini faham apa yang kami lalui. Anugerah yang terindah dalam hidup. 

Dua tahun kemudian Anis Nafeesah pula lahir ke dunia. Alhamdlillah kami dikurniakan sepasang anak. Tahun 2008 pula Muhammad Syamil menjadi ahli baru dalam keluarga kami. Kini mereka sudah membesar dan usia Syamil pula akan meningkat 5 tahun pada bulan depan.

Saya benar-benar bersyukur dengan Anugerah ini dan sentiasa berdoa agar mereka menjadi hamba Allah yang berjaya di dunia dan juga akhirat, anak yang taat serta berguna kepada negara. Permata hati mama, maafkan mama jika tidak menjadi seorang ibu yang baik. Namun, mama akan sentiasa berusaha menjadi yang TERBAIK.

Bergambar ketika mencuba baju raya tahun ini

Syafiq beriya mahu melawat menara condong di Teluk Intan
Sebelum masuk kawasan mandi-manda di I-City, Seksyen 7, Shah Alam

Tiga beradik dalam bilik Stawberry Park, Cameron Highland

Syafiq dan Anis gembira mendapat adik baru. Ketika masih dalam pantang.

Peminat bola sepak rupanya.
                 

No comments:

Post a Comment