29hb September 2013
Assalamualaikum....,
Selalunya kalau pagi Ahad saya akan bermalas-malasan di atas katil almaklum Isnin hingga jumaat tiada istilah bangun lambat kerana menguruskan anak-anak ke sekolah dan terus keluar bekerja. Tapi pagi Ahad ini saya 'terpaksa' bangun awal pagi kerana ada Hari Aerobikton di sekolah. Semalam sebelum tidur Syafiq dan Anis telah mengingatkan saya agar mengejut mereka awal pagi. Cikgu cakap pukul 7.30 pagi kena ada kat sekolah. Pukul 8.00 pagi start senamrobik kata mereka.
So, saya bangun seperti hari biasa mengejut mereka untuk bersiap ke sekolah. Masing-masing dah awal-awal beli kupon RM10. Hari ini semua pembelian kena pakai kupon. Ada macam-macam acara kat sekolah tadi. Ada Rumah Hantu, Acara Air, Taman Haiwan, Paintball, Mini Golf, Buku-buku, Belon dan sebagainya. Tetapi, saya tak sempat snap walau satu gambar pun. Entah kenapa tak keluarkan handphone dari handbag.
Saya ambil dorang dari sekolah pukul 12.00 tengahari. Rupanya kupon di tangan Anis masih berbaki. Anis tidak menambah kupon yang sedia ada.Waktu datang melawat dia pagi tadi kupon masih berbaki RM9. Bermakna dia baru guna RM1. Tak tanya pulak apa yang bernilai RM1. Kemudian dia mintak izin untuk bawa Syamil bermain.
Kemudian Syafiq pula datang sambil berkata kupon dah habis. Bodek saya untuk menambah lagi RM10. Sebab kesian saya belikan dia satu set lagi kupon. Oh ya, berbalik kepada baki Anis sebelum balik tadi adalah kerana pemberian BFF dia yang nak balik awal. En. Suami ambil baki tersebut dan belikan mereka buku cerita sebelum balik.
Sampai sahaja di rumah Syafiq tak sabar nak potong kek hari jadi. Sebenarnya hari ini bukan birthday dia tetapi birthday dia jatuh pada Hari Malaysia, 16 September. Kebetulan pada tarikh tersebut kami sekeluarga pergi ke Bera, Pahang kerana menghadiri majlis perkahwinan sepupu saya. So, asyik tertunda nak sambut birthday Syafiq. Nasib baik dia bukan jenis mendesak untuk menyambut birthday.
Semalam saya membuat kek coklat kukus. Memang kebiasaan saya akan membuat sendiri kek untuk sambutan birthday kami sekeluarga. Dulu awal-awal beli kek kat Secret Recipe, Baskin Robbin dan King. Tapi, kek yang dibeli selalu tak habis dan bila buat sendiri, alhamdulillah habis dimakan.
| Birthday cake Syafiq for this year |
Saya selalu buat kek pasti akan mencuba pelbagai resepi. Semalam saya mencuba Kek Coklat Kukus resepi yang dibagi oleh Wani (team majalah Keluarga). Resepinya;
1 cawan minyak
1 cawan air sejuk
1 cawan serbuk coklat
1 cawan susu pekat
3/4 cawan gula
(masak bahan di atas atas api)
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
(ayak bersama)
Bila adunan yang dimasak tadi telah suam,
Masukkan bahan tepung.
Kemudian masukkan 4-5 biji telur bersama 1 sudu teh esen vanila
Kukus sehingga masak.
Nak buat topping tengk-tengok tak ada stok cooking chocolate. Lalu saya mencari En. Google untuk resepi ganache tanpa cooking chocolate. Saya mencuba resepi daripada Air Tangan Cik Siti.
Bahan Topping
50 gram serbuk koko
1 sudu besar minyak
1/2 tin susu cair
1/2 tn susu pekat (ikut manis yang disukai)
(Campurkan kesemua bahan dan panaskan atas api perlahan sambil mengacau hingga sebati dan likat)
| Pandangan atas kek. Syafiq request taknak tulis apa-apa atas kek. |
| Birthday boy excited potong kek sampai tak sempat tukar baju sekolah |
| Nyum nyum...birthday boy terus makan kek kegemaran atas pinggan makan pulak tu... |
| Anis pun join sekaki |
| Ini birthday cake Syafiq masa umur 4 tahun. Beli kat Secret Recipe |
| Syafiq celebrates his forth birthday |
| Ini kek birthday Syafiq masa umur 6 tahun. Yang ni mama buat sendiri. Biasa lar kek coklat, baru laku. |
| Syafiq dan Anis celebrate birthday Syafiq. Masa ni mama tengah sarat mengandungkan Syamil |




No comments:
Post a Comment