28hb September 2013
Assalamualaikum....
Bila dirungkaikan tentang surah
al-Fatihah terlalu banyak ceritanya. Al-Fatihah diletakkan di muka depan naskah
al-Quran dan dibaca 18 kali dalam sehari sewaktu solat. Bacaan al-Fatihah
sangat penting biar betul sebutan dan hukumnya.
Saya sendiri walau hampir setiap
hari melafazkan surah ini ingin melihat kualiti bacaan saya sendiri. Kebetulan
di tempat kerja saya menawarkan Klinik Al-Fatihah kepada semua staff semalam.
Saya tidak mahu melepaskan peluang untuk menilai bacaan dengan ustaz yang
bertauliah.
| Poster di depan pintu bilik training |
Mula-mula kami dikhabarkan akan
membaca al-Fatihah one by one dengan ustaz yang bertauliah. Sampai sahaja di kawasan
bilik training kami terus masuk di dalam satu bilik. Ingatkan menanti giliran
untuk membaca al-Fatihah di depan ustaz tetapi, rupa-rupanya ada seorang
Ustazah yang akan memandu-arah kami bacaan al-Quran yang betul.
| Ustazah yang mengajar kami semalam |
Ustazah Shaidah ini masih muda dan bacaannya
sangat merdu dan sempurna hukumnya. Mula-mula dia mengajar kami teknik
pernafasan sebelum membaca al-Quran. Menurut ustazah jika teknik
pernafasan salah maka besar kemungkinan akan berlaku 'curi nafas' ketika
membaca al-Quran. Mencuri adalah berdosa termasuk mencuri nafas dalam bacaan
al-Quran.
Walaupun hampir saban hari membaca
al-Quran tetapi masih melakukan kesilapan dalam bacaan. Selepas habis sesi
bersama Ustazah Shaidah saya sempat membaca al-Fatihah dengan Ustaz Asrul.
Alhamdulillah bacaan saya okay tetapi ada huruf yang perlu ditebalkan dan ada
huruf yang perlu dinipiskan. Insha Allah saya akan sentiasa cuba memperbaiki
bacaan saya.
| Ramai jugak teman opis datang ke kelas ni |
Tiba-tiba saya terfikir hendak
menunggu suami di Denai Alam Recreation Centre (DARC). Walau hampir 9 tahun
saya duduk di sini tetapi, belum pernah menjejakkan kaki ke sana. Itulah kata orang
hikmah disebalik kejadian. Kalau tidak kerana terlupa kunci pasti saya tidak
akan menjenguk DARC.
Mula-mula kami anak-beranak hanya
duduk dalam kereta sambil melihat orang beriadah naik kuda. Hampir 10 minit
dalam kereta saya mengajak anak-anak turun untuk melihat dengan lebih dekat.
DARC turut menawarkan joyride
untuk kanak-kanak. Gembira 3 beradik tu apabila saya benarkan mereka untuk
mencuba menaiki kuda buat pertama kalinya.
Mereka naik kuda 2 pusingan dengan
jarak 80 meter. Setiap seorang kena bayar RM10. Syafiq dan Anis menunggang kuda
sambil memakai baju sekolah agama. Paling kelakar Anis apabila menunggung kuda
dengan kain sekolah. Apa lagi seksi meksi naik kuda angkat kain. Syamil dengan
baju
tidur dan selipar naik kuda. Tak apalah yang penting mereka gembira dengan
pengalaman baru ini.
| Syamil berani naik kuda walaupun ni pertama kali |
| Ada 1 round lagi mau pusing |
| Dia seronok dan nak naik lagi |
No comments:
Post a Comment