30hb September 2013
Assalamualaikum...
Hari ini merupakan hari terakhir untuk bulan September. Esok bermula dengan bulan yang baru. Hari ini juga merupakan hari pertama Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK). Hati saya risau bukan kepalang kerana dia langsung tidak membaca di rumah. Weekend lepas kalau saya membebel suruh dia membaca baru dia pegang buku. Lepas tu, bila dibiarkan dia kembali leka bermain.
Saya dan suami mempunyai perancangan untuk masa depan anak-anak. Kalau boleh dan andai diizinkan Allah SWT kami mahu anak-anak meneruskan pengajian dalam bidang agama. Saya tidak target anak-anak menjadi doktor, jurutera, peguam, akauntan atau arkitek. Bagi saya cukup kalau mereka mendalami ilmu agama dan bonus kalau mereka bergelar Hafiz atau Hafizah. Insha Allah...
Ketika menghantar Syafiq ke kelas tambahan di sekolah agama tadi, bagai ada suatu perasaan yang sukar saya gambarkan. Sekejap sahaja dia membesar dan kini sudah tahun 5. Teringat hari pertama menghantar Syafiq ke sekolah.
![]() |
| Gambar ini diambil ketika hari orientasi Syafiq. Pertama kali menjejakkan kaki ke sekolah |
Kini dia sudah berada di tahun 5 dan tahun depan dia akan menduduki peperiksaan penting di sekolah rendah, UPSR. Tentu tahun depan kehidupan saya akan menjadi kelam-kabut hanya kerana UPSR. Pagi tadi ketika menemani Syafiq bersarapan saya melihat tiada sedikit riak gentar di wajahnya untuk menghadapi UPKK. Saya mahu dia mendapat 8A (markah penuh UPKK) kerana mahu menghantar Syafiq ke sekolah aliran agama ketika memohon sekolah untuk Tingkatan 1 kelak. Markah UPKK akan dinilai untuk permohonan itu kelak.
| Sempat memberi pose sebelum masuk ke kelas pagi tadi |
| Bersarapan roti canai di kedai mamak bawah sekolah agama |
Saya sentiasa berdoa agar anak-anak dibuka pintu hati agar mudah menerima ilmu, terang hati mereka dan dapat menyampaikan semula ilmu dengan baik.
Ketika menjemput Syafiq dan Anis dari sekolah agama petang tadi, Anis berlari-lari mendapatkan saya sambil memegang dua helai kertas. "Mama, Syafiq dapat 8A" ujarnya. Rupa-rupanya itu adalah kertas keputusan trial UPKK Syafiq. Alhamdulilah dia mendapat 8A untuk peringkat sekolah dan peringkat daerah.
![]() |
| Keputusan percubaan UPKK Muhammad Syafiq bin Saiful Izam |
Syukur kerana dia berjaya mendapat keputusan penuh. Saya gembira melihat keputusan ni. Namun, ini bukan result yang sebenar. Saya katakan kepada Syafiq agar memberi saya keputusan seperti ini untuk exam yang sebenar.
Malam tadi sehingga pukul 9.30 malam dia masih mengadap tv. Kalau saya tidak menutup tv pasti dia tidak akan berganjak. Inilah siituasi yang saya hadapi saban hari. Dia tidak mahu mengulangkaji pelajaran. Adakah semua ibu bapa lain menghadapi masalah yang sama?
| Terkejut Mama snap gambar ketika khusyuk menonton tv pukul 9.30 malam |
Setelah kena bebel dia mengambil buku rujukan UPKK. Esok exam Sirah katanya. Tiba-tiba dia tanya soalan, "Mama Nabi Muhammad wafat tahun masehi berapa?" Terkedu saya. Terus saya menjawab 12 rabiuawal kerana mengingati tarikh lahir Nabi Muhammad SAW (sebenarnya saya sendiri tidak berapa yakin dengan jawapan saya). Itu tahun Hijrah, abang nak tahun masehi. Rupanya betul jawapan saya.
Masya Allah, jahil benar saya ini. Tahun wafat Nabi Muhammad main agak-agak sahaja. Teringat buku yang saya beli dahulu. Sebuah buku yang menceritakan tentang Nabi yang terakhir ini. Tarikh wafat Rasulullah SAW adalah pada hari Isnin 12 rabiullawal tahun 11 hijrah bersamaan 8 jun 632 Masehi.
| Sebuah buku yang berguna untuk lebih mengenali Nabi Muhammad SAW |
Sebenarnya buku ini telah habis saya baca dahulu. Tetapi saya sudah lupa isi kandungan yang saya baca dahulu. Bila diselak baru teringat kembali. Andai Rasulllah SAW masih ada ketika ini adakah saya akan berhadapan dengannya seperti diri saya sekarang, subhanallah....


BLOG YANG SANGAT BAGUS.TERUSKAN MENDIDIK ANAK ANDA SEHINGGA BERJAYA.SAYA JUGA TURUT MENDOAKAN AGAR ANAK ANDA MENDAPAT KEPUTUSAN YANG CEMERLANG .AAAAAAMIN.
ReplyDeleteBLOG YANG SANGAT BAGUS.TERUSKAN MENDIDIK ANAK ANDA SEHINGGA BERJAYA.SAYA JUGA TURUT MENDOAKAN AGAR ANAK ANDA MENDAPAT KEPUTUSAN YANG CEMERLANG .AAAAAAMIN.
ReplyDelete